TheMusicIsWhatIFeel

Now playing:Muse-Unintended

08 August 2010

Lambatkan Penuaan Wajah

 

Ramai orang ingat muka jadi tua bila umur dah sampai 40 tahun. Tapi sebenarnya, kita dah sampai umur 20 tahun pun tanda-tanda penuaan dah ada. Kalau tak percaya, tengok cermin sekarang. Kalau ada garis-garis halus tu tandanya proses penuaan dah start.

Ada beberapa sebab yg menyebabkan muka lebih tua daripada umur. Kalau nk jaga keremajaan muka, AMALKAN perkara-perkara di bawah!

Jangan merokok!
Asap rokok boleh mejejaskan kulit muka. (disamping menjadi penyebab utama pelbagai penyakit kronik lain!)

Diet makan yg seimbang!
Banyakkan mengambil sayur-sayuran yang mengandungi vitamin dan serat serta makanan berprotein tinggi. Vitamin dan protein dalam sayur-sayuran membantu menghaluskan kulit muka.
Ambil makanan berkalori rendah dan bebas minyak.

Minum banyak air!
Minum air kosong sebanyak lapan gelas sehari mampu memberikan kelembapan pada kulit wajah. Kekurangan air buatkan muka jadi kusam dan tidak bermaya. Tp, pastikan air itu bersih!

Lindungi kulit dengan krim sinaran UV!
Sinaran ultra ungu (UV) ada vitamin D yang baik untuk badan menyerap kalsium. Tp, terdedah lama sangat dengan cahaya matahari boleh bawa keburukan. Kulit boleh jadi kasar, kulit hilang kenyal, bintik-bintik hitam muncul dan ton tak sekata. Sebab tu penting guna krim sinaran UV sebelum keluar rumah!
[p/s utk lelaki: jgn malu2 nk guna krim sinaran UV. xkan hilang jantan anda keyh! ni penting utk kesihatan kulit.]

Cukupkan rehat @ tidur!
Sekarang dunia dah maju, bebanan kerja semakin meningkat samada bagi pekerja @ pelajar. Tp, waktu tidur jangan diabaikan. Pastikan tidur cukup 8 jam sehari dan tidur sebelum pukul 12 tgh mlm. Tujuannya, muka kita sentiasa segar dan bermaya setiap pagi disamping kerja dihasilkan lebih produktif!

2 comments:

MR.Z said...

dilarang meokok? ada logik gak.. nasib baik dah lama tinggal..hehe :D

ReLoFa said...

meokok?? hahaha..
bgus2 sbb dah benti xD